Rabu, 6 Mei 2009

Doa Agar Mudah Mengingat Pelajaran


Assalamualaikum w.b.t.. Seperti yang telah saya janjikan, saya akan masukkan ke dalam blog ini beberapa doa yang boleh kita amalkan bersama... Doa ini disediakan khusus untuk para pelajar terutamanya pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM. Saya juga ingin memohon maaf atas kelewatan saya memasukkan dia ini ke dalam
blog. Harap dimaafkan.

بسم آلله الرحمن الرحيم

Maksudnya: “Ya Allah, kasihanilah aku dengan (mengurniakan kepadaku keampunan) meninggalkan maksiat selagi aku hidup, dan kasihanilah aku dari memberatkan diriku dengan perkara-perkara yang tidak penting bagiku, dan kurniakanlah kepadaku anugerah melihat perkara yang Engkau suka. Ya Allah, Yang Maha Pencipta langit dan bumi, Yang Memiliki keagungan, kemuliaan dan kekuasaan yang tidak pernah luput, aku memohon kepada-Mu Ya Allah, Yang Maha Pemurah dengan kekuasaan-Mu dan cahaya-Mu agar menjadikan aku mampu menghafaz kitab-Mu sebagaimana yang Engkau ajarkan. Dan kurniakanlah kepadaku (kesempatan) untuk membacanya sebagaiman yang Engkau kehendaki, Ya Allah, Yang Mencipta langit dan bumi, Yang Memiliki keagungan, kemuliaan dan kekuasaan yang tidak pernah luput, aku memohon kepada-Mu Ya Allah, Yang Maha Pemurah dengan kekuasaan-Mu agar menjadikan penglihatanku terang dengan kitab-Mu, agar dilepaskan hatiku (dari belenggunya) dengan kitab-Mu itu, dan dilapangkan dengannya dadaku, dan dibersihkan dengannya tubuhku, sesungguhnya tiada siapa yang sebenarnya dapat memberikan pertolongannya selain-Mu, dan mendatangkannya selain Engkau. Dan tiada daya upaya melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.”

Penjelasan

Menurut satu riwayat daripada Ibnu Abbas, beliau berkata, ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba datanglah Ali Bin Abi Talib r.a., lalu beliau berkata: “Wahai Rasulullah, al-Quran ini selalu hilang daripada ingatanku. Aku dapati diriku menghadapi masalah untuk mengingatina dalam dadaku. Maka Rasulullah s.a.w. menganjurkan kepadana menguatkan ingatan dengan petuanya iaitu bangun malam Jumaat pada sepertiga malam yang terakhir. Perkara ini telah dilakukan oleh Nabi Yusuf a.s. Jika tidak mampu, maka bangkitlah pada pertengahanya dan jika tidak mampu, maka bangkitlah pada sebelah awalnya. Solatlah empat rakaat, bacalah Surah Yaasin pada rakaat pertama, al-Dukhan pada rakaat kedua, al-Sajadah pada rakaat ketiga dan Tabarak pada rakaat keempat. Semuanya dibaca selepas al-Fatihah. Apabila selesai membaca tasyahud(takhiyat) akhir maka, pujilah Allah s.w.t. dan berselawatlah ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan mohonlah keampunan buat semua orang beriman dan orang yang telah mendahului dalam keimanan kepada Allah. Akhirnya bacalah doa di atas.”

(Hadis Riwayat Tarmizi)

Cara Beramal

1. Bangun pada Malam Jumaat pada sepertiga malam terakhir, pertengahan malam, pada awal malam dan dirikanlah Solat Sunat Hajat sebanyak 4 rakaat.

2. Rakaat Pertama, bacalah Surah Yaasin selepas membaca Al-Fatihah.

3. Rakaat Kedua, bacalah Surah Al-Dukhan pada rakaat selepas membaca Al-Fatihah.

4. Rakaat Ketiga, bacalah Surah Al-Sajadah selepas membaca Al-Fatihah.

5. Rakaat Keempat, bacalah Tabarak(Surah Al-Mulk) selepas membaca Al-Fatihah.

6. Selepas selesai takhiyat akhir, pujilah Allah s.w.t. dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan mohonlah keampunan buat semua orang beriman dan yang telah mendahului dalam keimanan kepada Allah s.w.t.

7. Berselawat ke atas Nabi pada pembuka(awal) dan penutup(akhir) doa.

8. Baca doa di atas.

2 ulasan:

usahawanmukmin berkata...

As Salam..
Boleh saya tahu dari mana rujukan saudara tentang doa ini..?

Muhammad Shakirin (Administrator) berkata...

Waalaikumussalam w.b.t. =)
Saya hanya share...
Asif jiddan sebab ana dah x ingat nama buku Doa yang ana ambil tu.
Tapi, buku doa tu diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd...
Telaga Biru Sdn. Bhd. antara syarikat penerbitan yang banyak menerbitkan buku2 berunsurkan tips Islam, Hadis, Dakwah Islamiah dan InsyaAllah tidak ada keraguan melaluinya.
Contoh buku terbitan Telaga Biru: Solusi dan Gen-Q.