Selasa, 22 Disember 2009

Jadilah Seorang Lelaki Yang Beriman

Lelaki,
Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,

Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

Selasa, 15 Disember 2009

Ampuni Dosa Aku Ya Allah Kerana Wanitaku...


Wahai insan yang aku cintai dan aku sanjungi kerana Allah.Insan itu adalah seorng wanita/ perempuan/ gadis. Aku amat menyayangi Kaum Hawa kerana Allah. Oleh kerana demikian Aku sering menangis dlm doaku krn terkenangkan Sabda Rasul cintaanku "Bahawa ramainya AHLI NERAKA itu adalah terdiri drpd WANITA". Cerita ini bermula apabila aku berjalan2 disuatu masa. Masa dimana terdapat ramai wanita dihadapanku. Adakala aku tersenyum...Adakalanya aku bermuram duka...Aku melihat insan yg aku sayangi ini mendedahkan diri kpd haramnya...Tidak aku nafi krn aku suka melihat...(Ya Allah ampunilah Dosaku yg suka melihat ini krn Aku takut hatiku GELAP krn banyak mlihat perkara yg tidak sepatutnya...)Terkadangkala aku tersentak melihat org yg aku cintai ini menggegarkan hati org yg beriman...Dalam Hatiku berkata Ya Allah apalah dayaku untuk mengubah semua ini...


Sesekali, aku menjadi kaget apabilah org yg kucintai tidak memakai tudung...dan ketika dia memakai tudung...Mengapa aku kaget..?kan bagus bertudung...Tp yg membuat aku kaget krn mereka bertudung tp mendedahkan dada mereka....Apalagi jika tidak bertudung...Sudah tentu dia mendedahkan auratnya yg bernama rambut...Sedangkan didalam Kalamu Allah ada menyatakan bahawa "Hendaklah kamu melabuhkan tudung kamu menutupi dada kamu". dan, ada juge hadis Riwayat Bukhari dan Muslim kepada mereka yg tidak bertudung, "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Ada juga diantaranya yg bertudung tp memakai baju berlengan pendek. Aku menjadi lebih pelik krn mereka bertudung tp bwh "terbuka". Adakah ini yg disyariatkan oleh ISLAM!!! Hatiku hanyut dlm kesedihan yg nyata. Apa yg harus aku lakukan utk mengubah semua ini?


Wahai Makhluk Ciptaan yg ESA yg aku sayangi. Peliharalah Maruahmu...Peliharalah Auratmu...Peliharalah suaramu...Peliharalah Sikapmu...Agar tidak menjadi SAJIAN AN NAR!!! Agar tidak membingungkan Rasul kesayanganku. Agar Kau tidak menjadi Tentera SYAITAN musuh Kita yg nyata. Sebaliknya jadilah kamu pembantu para Muslimin....Penguat para mukminin...Pembakar para mujahidin...Peliharalah...Peliharalah...Peliharalah...Agar kami pejuang Agama ALLAH terpelihara. Aku ingin sekali melihat kau yg kucintai menutup tubuhmu dengan baik dan memelihara auratmu dengan sempurna. Agar aku menjadi lebih hormat kpd mu. Ingin sekali ku melihat kau memelihara maruahmu.

Agar Kaum Adam lebih berusaha mendapatkamu dan menghargaimu...


Jauhkanlah diri kamu dari Fesyen2 yg bakal menjadikan kamu sajian api jahanam...Jauhkanlah diri kamu drpd tutur kata yg sia2 drpd menjadi bahan guntingan neraka...Tp bakarlah semangat kamu dgn api AKIDAH agar bergetar seluruh jiwa lelaki akan Insan yg bernama MUSLIMAH.

Dengarlah insan yg kusayangi krn Allah Agar kau tidak terlena dlm kesengsaraan yg kau sediakan...


Ya Allah, bantulah aku dlm kerja2 untuk menyedarkan hambamu...Aku ini insan yg lemah YA ALLAH... aku tidak berdaya, Ya Allah..Berikanlah aku kekuatan, Ya Allah...Engkau bukaknlah hati insan yg ku syg itu agar dia menerima segala nasihat dan agar dia kembali semula ke jalan yg diredhaimu, Ya Allah...Ya Allah, beriknlah insan yg ku syg itu petunjuk dan hidayahmu...Engkau ampunilah segala dosanya, Ya Allah...Ya Allah, aku merintih, merayu dan memohon agar batinku dapat melihat insan yg ku syg tidak lg terabai....

YA ALLAH RABBUL IZZATI...

Muslimah Penggegar Hatiku...!!!




Muslimah,
Sungguh aku bersyukur pada tuhan yang menentukan,
Mencipta seorang insan yang sempurna dimataku,
Seorang yang menenangkan jiwaku,
Dikala ujian melanda tiba...


Sujudku pada tuhan tanda kegembiraanku,
Kau berubah tanpa aku sedari,
Mejadi yang lebih baik dari sebelum,
Menjadi rerama dari kepompong hodoh,
Menjadi berlian dari batuan lupa...


Menadah aku kepada tuhan tanda kegembiraanku,
Agar dijadikan orang sepertimu sebagai penanti,
Memberi cahaya dikala sunyi,
Mendatangkan rahmat dikala sendiri,
Penyeri di masjid sepi...


Ya Allah,
Panataskah aku memiliki bidadari dunia,
Yang kau ciptakan tanpa cacat cela,
Melindungi diri di kala fitnah dunia,
Menjadi aku bisu tidak terkata...


Adakah layak aku meminta cintanya,
Untuk memenuhi fitrah manusia,
Menjadi makhluk yang saling melengkapkan,
Agar terdaya menjadi Khalifah mulia...


Muslimah,
Dirimu kau hiasi Iman mutiara,
Kau penuhi Ilmu cahaya,
Menajam fikiran saksama,
Yang bisa menggoncangkan dunia,
Tak kala semua lupa...

Indah dirimu tidak kugambar,
Laksana bulan dipagari bintang,
Memelihara seluruh kehormatanmu,
Menjaga dirimu dari kemaksiatan...


Kau labuhkan tudungmu melebihi paras dada,
Semata menyahut seruan yang Esa,
Tunduk patuh tanpa bicara,
Membuat hatiku lembut bila bersemuka...


Kau mengenakan pakaian yang indah tapi longgar,
Untuk melindungi daripada pandangan durjana,
Agar terpelihara mahkota yang mulia,
Kau juga menutup seluruh tubuhmu,
Yang terbuka hanyalah muka dan telapakmu,
Membuat setiap mukmin terlena,
Dalam keindahan Tuhan yang menciptakan...


Rindunya hati tidak terperi,
Agar menatah insan mulia ini dihati,
Moga menjadi benteng diri,
Dari nafsu yang makin menjadi...


Ya Allah,
Peliharakanlah muslimah ini untukku,
Agar menjadi contoh kepada yang seru,
Moga Islamkan kembali bersatu,
Dalam menyahut syariat Mu,
Atas jalan JihadMu kami tersungkur...

Sabtu, 18 Julai 2009

Cinta YaNG SeBEnAR!! ~ HayaTilAh BersAma...

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:- "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir." (Ar Rum : 21)

Cinta merupakan suatu anugerah terindah yg dikurniakan oleh Allah S.W.T.. Namun, harus di ingat batas2 pergaulan yg telah disyariatkan oleh Islam...

Berkasih-sayang dan bercintalah kerana itu adalah fitrah. Tetapi sekiranya cinta itu lebih banyak mengundang duka dan air mata serta menjadikan kita lalai daripada mengingati Allah, maka tinggalkanlah cinta tersebut dan binalah cinta baru...

Hayatilah wahai teman2 ku yg dirahmati Allah sekalian...

' ..Cinta kepada HARTA ertinya BAKHIL, Cinta kepada PEREMPUAN ertinya ALAM, Cinta kepada DIRI ertinya BIJAKSANA, Cinta kepada MATI ertinya HIDUP dan Cinta kepada ALLAH ertinya TAQWA...'

Sesungguhnya...

" cinta itu suci, cinta itu tidak buta, cinta itu adalah kepunyaan Tuhan. Yang tidak suci dan buta, adalah orang yang salah menggunakannya. Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghina diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan kudrat tetapi membangkitkan semangat" ~HAMKA~

Cintailah 5 perkara sebelum anda mencintai seseorang insan iaitu...

~ cinta kepada ALLAH S.W.T.

~ cinta kepada RASUL

~ cinta kepada ibubapa

~ cinta kepada guru2

~ cinta kepada diri sendiri

semoga kita sentiasa berada di bawah rahmat Allah Yang Maha Esa...insya-Allah...

Rabu, 6 Mei 2009

Doa Agar Mudah Mengingat Pelajaran


Assalamualaikum w.b.t.. Seperti yang telah saya janjikan, saya akan masukkan ke dalam blog ini beberapa doa yang boleh kita amalkan bersama... Doa ini disediakan khusus untuk para pelajar terutamanya pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM. Saya juga ingin memohon maaf atas kelewatan saya memasukkan dia ini ke dalam
blog. Harap dimaafkan.

بسم آلله الرحمن الرحيم

Maksudnya: “Ya Allah, kasihanilah aku dengan (mengurniakan kepadaku keampunan) meninggalkan maksiat selagi aku hidup, dan kasihanilah aku dari memberatkan diriku dengan perkara-perkara yang tidak penting bagiku, dan kurniakanlah kepadaku anugerah melihat perkara yang Engkau suka. Ya Allah, Yang Maha Pencipta langit dan bumi, Yang Memiliki keagungan, kemuliaan dan kekuasaan yang tidak pernah luput, aku memohon kepada-Mu Ya Allah, Yang Maha Pemurah dengan kekuasaan-Mu dan cahaya-Mu agar menjadikan aku mampu menghafaz kitab-Mu sebagaimana yang Engkau ajarkan. Dan kurniakanlah kepadaku (kesempatan) untuk membacanya sebagaiman yang Engkau kehendaki, Ya Allah, Yang Mencipta langit dan bumi, Yang Memiliki keagungan, kemuliaan dan kekuasaan yang tidak pernah luput, aku memohon kepada-Mu Ya Allah, Yang Maha Pemurah dengan kekuasaan-Mu agar menjadikan penglihatanku terang dengan kitab-Mu, agar dilepaskan hatiku (dari belenggunya) dengan kitab-Mu itu, dan dilapangkan dengannya dadaku, dan dibersihkan dengannya tubuhku, sesungguhnya tiada siapa yang sebenarnya dapat memberikan pertolongannya selain-Mu, dan mendatangkannya selain Engkau. Dan tiada daya upaya melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.”

Penjelasan

Menurut satu riwayat daripada Ibnu Abbas, beliau berkata, ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba datanglah Ali Bin Abi Talib r.a., lalu beliau berkata: “Wahai Rasulullah, al-Quran ini selalu hilang daripada ingatanku. Aku dapati diriku menghadapi masalah untuk mengingatina dalam dadaku. Maka Rasulullah s.a.w. menganjurkan kepadana menguatkan ingatan dengan petuanya iaitu bangun malam Jumaat pada sepertiga malam yang terakhir. Perkara ini telah dilakukan oleh Nabi Yusuf a.s. Jika tidak mampu, maka bangkitlah pada pertengahanya dan jika tidak mampu, maka bangkitlah pada sebelah awalnya. Solatlah empat rakaat, bacalah Surah Yaasin pada rakaat pertama, al-Dukhan pada rakaat kedua, al-Sajadah pada rakaat ketiga dan Tabarak pada rakaat keempat. Semuanya dibaca selepas al-Fatihah. Apabila selesai membaca tasyahud(takhiyat) akhir maka, pujilah Allah s.w.t. dan berselawatlah ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan mohonlah keampunan buat semua orang beriman dan orang yang telah mendahului dalam keimanan kepada Allah. Akhirnya bacalah doa di atas.”

(Hadis Riwayat Tarmizi)

Cara Beramal

1. Bangun pada Malam Jumaat pada sepertiga malam terakhir, pertengahan malam, pada awal malam dan dirikanlah Solat Sunat Hajat sebanyak 4 rakaat.

2. Rakaat Pertama, bacalah Surah Yaasin selepas membaca Al-Fatihah.

3. Rakaat Kedua, bacalah Surah Al-Dukhan pada rakaat selepas membaca Al-Fatihah.

4. Rakaat Ketiga, bacalah Surah Al-Sajadah selepas membaca Al-Fatihah.

5. Rakaat Keempat, bacalah Tabarak(Surah Al-Mulk) selepas membaca Al-Fatihah.

6. Selepas selesai takhiyat akhir, pujilah Allah s.w.t. dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan mohonlah keampunan buat semua orang beriman dan yang telah mendahului dalam keimanan kepada Allah s.w.t.

7. Berselawat ke atas Nabi pada pembuka(awal) dan penutup(akhir) doa.

8. Baca doa di atas.

Rabu, 29 April 2009

Aurat Wanita Menurut Firman Allah S.W.T dan Hadis Nabi

Assalamualaikum w.b.t.

hu2 sebenarnya takut juga untuk tulis mengenai ni ye para pembaca... mane la tak, x pernah brani nk menegur pasal aurat, tiba2 hati terdetik untuk menulis mengenai ni, jadi, saya ikut gerak hati dan mencari la sedikit sumber di internet untuk dimuatkan ke dalam blog ni.

1.Bulu kening
Menurut
Bukhari, "Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan."
An-Nur: 31.

Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina."
Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "
An-Nur : 31

5. Gigi
"Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.” Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah".
Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah:”Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

7. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya".
Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

8. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya."
An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

9. Mulut (suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."
Al Ahzab: 32. Sabda Nabi SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi."Riwayat Ibn Majah.

10. Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "
An Nur : 31.


"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah."
Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

11. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti."
Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya."
Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang."
Al Ahzab : 59.

12. Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."
Riwayat Bukhari dan Muslim.

Dengan ini, saya harap para pembaca wanita yang sedar akan kesalahan dirinya dapat membaiki dan membentuk semula aqidah agar menjadi seorang mukmin yang beriman dan beramal soleh mengikut ajaran Islam.

Saya akhiri dengan Assalamualaikum w.b.t.

Jika ada persoalan atau cadangan, sila hantarkan ke e-mail kami.

sharkhack@rocketmail.com (Administrator)

Sabtu, 18 April 2009

Kepada Semua Yang Akan Berjuang Di Dalam Dewan Peperiksaan

Assalamualaikum... Ni saya ada benda nak kongsi sket ni...


Surah Al-Hasyr: surah ke 59 (Ayat: 21)

Ni ada orang minta saya postkan kat blog ni... Insyaallah jika sebelum memulakan pelajaran, peperiksaan dan sebagainya, bleh la korang sume mulakan dengan doa dan ditambah dengan potongan ayat Al-Quran ini. Insyallah, segala pelajaran akan berkat dan mudah untuk diingat...

Jika ada sebarang pembetulan, pertanyaan atau inginkan ayat Al-Quran tersebut jika kabur, sila hantarkan e-mail kepada saya. Alternatif, download Quran-In-Word v1.3 atau rujuk Al-Quran.




Jumaat, 17 April 2009

APRIL FOOL: MENGHINA ISLAM DAN MARTABAT INSAN

Selain Valetine's Day, terdapat satu lagi budaya barat yang meresap dalam diri umat Islam khusunya golongan muda iaitu Fool's Day atau April Fool.

Jika Valentine Day disambut pada 14 Februari setiap tahun, maka April Fool pula berlaku pada 1 Aprril setiap tahun.Mereka yang meniru budaya ini merasakan seri persekitaran itu akan hilang apabila peristiwa-peristiwa itu tidak diraikan. Apa yang dibimbangi ialah pemikiran seperti ini terus berleluasa hingga satu masa nanti, ada yang mengatakan ia tidak bertentangan dengan Islam. Disedari atau tidak, golongan muda menerimanya dengan membuta tuli tanpa usul periksa adakah ia bertentangan dengan batas syarak atau sebaliknya.

Menurut sejarah, Fool?s Day atau april Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian. Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.

Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian lagi sangsi dengan pemberitahuan itu.Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari(1 April).

Keesokan harinya, Mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki,perempuan atau kanak-kanak.

Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Masyarakat hari ini sebenarnya tidak mengetahui dengan jelas asal usul April Fool?s. Selain boleh merosakkan akidah, budaya ini sebenarnya meniru gaya hidup kebaratan yang bertopengkan humor,gurauan,lelucon dan komedi. Bagi mereka, 1 April merupakan hari kejutan dengan berbagai perkara pelik, humor dan memalukan.

Namun apa yang dilihat hari ini ia banyak membawa unsur memalukan orang lain. Ia bukan sahaja memperbodohkan si pelaku tetapi juga yang menerima akibat bersesuaian dengan nama Fool itu sendiri yang bermaksud bodoh atau tolol. Jelas ia cuba menjatuh air muka dan martabat seseorang. Bagi yang bersikap selamba mungkin boleh menerima gurauan tersebut, tetapi bagi tidak dapat menerima pasti akan menyimpan persaan negatif dalam diri hingga akhirnya menjadi seorang yang pendendam hingga sanggup menjadi pembunuh. Ini merupakan sesuatu yang tidak diterima oleh landasan syarak.

Kita tidak wajar berkiblatkan budaya barat apatah lagi mengagungkannya kerana Islam agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya. Islam mempunyia adab dalam bergurau senda tanpa menganiyai orang lain. Selain menghormati orang lain, kita juga diwajibkan menutup keaiban orang lain.

Bagi yang kurang memahami sejarah, mereka tidak merasakan apa-apa tentang budaya April Fool?s tanpa menyedari bahawa ia merupakan satu penghinaan halus ke atas umat Islam.

Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Kamu pasti akan mengikuti jejak-jejak orang-orang sebelum kamu, sejengka demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun , pasti kamu tetap mengikuti mereka". Kami bertanya, "Wahai Rasulullah SAW, Yahudi dan Nasrani?Baginda menjawab "Lalu siapa lagi(kalau bukan mereka).
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Dipetik dari, UstazMelaka.net

Sumber: Majalah Sinar Rohani

Selasa, 7 April 2009

Lidah dan Mulut Membawa Binasa

Assalamualaikum, para pembaca... Moga ceria-ceria selalu...

Saya sebenarnya teringat lagi kata seorang guru saya. Dia merupakan seorang tenaga pengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Perak, Melaka. Dia katakan kepada saya, lidah dan mulut membawa binasa. Kenapa? Setiap pertuturan kita boleh membawa kebinasaan contohnya, kita mengeluarkan kalimah-kalimah yang tidak baik daripada mulut kita dan melukakan hati rakan kita, mereka mungkin akan membenci dan mula menjauhkan diri daripada kita. Selain itu, ingin juga saya tegaskan di sini. Di dalam hadis, di dalam Al-Quran langsung tidak menyebutkan bahawa mengeluarkan kalimah-kalimah tersebut boleh membawa kebaikan. Sebaliknya, ia membawa keburukan kepada diri kita. Ia akan mengeraskan hati kita dan boleh menjauhkan kita daripada Allah s.w.t.. Selain itu, perkataan kesat yang kita tuturkan juga menyebabkan iman kita menjadi lemah, kita susah untuk menerima ilmu dan mudah menyebabkan diri kita terjerumus untuk melakukan sifat Mazmummah...

Baiklah. Sampai di sini saja untuk hari ni ye... Sila komenkan jika ada masalah atau cadangan untuk artikel ini.

Wassalam~~....

Permulaan...

Assalamualaikum, semua pembaca...

Sekarang ini blog ini masih dalam permulaan dan sedang menunggu maklum balas daripada Telaga Biru Sdn. Bhd mengenai permohonan kebenaran untuk menempatkan artikel dan doa-doa bagi panduan hidup mukmin melalui buku-buku berunsur Islamiah yang diterbitkan oleh syarikat tersebut. Kepada mereka yang mempunyai sebarang cadangan dalam penempatan isi untuk blog ini bolehlah menghantar e-mail kepada saya.

E-Mail: sharkhack@rocketmail.com (Blog Author), SharkHack94@yahoo.com (Blog Administrator)

Ahad, 5 April 2009

Selamat Datang ke Laman Blog Saya....

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca...
Terima kasih kerana mengunjungi blog saya.
Setelah mengubah blog ini sebanyak dua kali, akhirnya saya membuat keputusan untuk mengubahnya semula buat kali ketiga kepada laman blog Islamiah.
Jika ada sebarang kemusykilan, pertanyaan atau cadangan anda boleh menghantarnya menerusi e-mail ini.

Terima kasih atas sokongan anda... Nantikan update daripada saya...

E-Mail: sharkhack@live.com, pcinnertech@live.com(Windows Live/MSN)

Laman blog kumpulan: PC Innertech Group