Selasa, 5 April 2011

Istiqamah Dalam Melakukan Ibadah

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah. Kita bersua kembali. (n_n)
Saya sebagai pihak administrator memohon maaf atas sebab sudah lama tidak mengemaskini Blog Dakwah Islamiah ini.
InsyaAllah. Mulai saat ini. Jika berpeluang, saya akan cuba sedaya upaya untuk mengemaskini blog ini dengan medium-medium dakwah, nasihat, tazkirah, doa dan macam-macam lagi. InsyaAllah.
Semoga Allah permudahkan. =)

Baiklah. Seperti yang tertulis pada tajuk post kali ini, Istiqamah Dalam Melakukan Ibadah. Saya akan cuba mengupas sedikit tentang kepentingan dan kelebihan atau khasiat apabila kita sentiasa beristiqamah dalam melakukan ibadah. InsyaAllah.

Istiqamah secara umumnya bermaksud memberikan komitmen dalam melaksanakan sesuatu perkara dengan penuh konsisten dan dengan penuh kesungguhan. Atau dengan kata lain, istiqamah ialah ketetapan pendirian dalam melaksanakan sesuatu perkara.

Kepentingan istiqamah dalam beribadah ialah mampu membentuk akhlak dan sahsiah atau keperibadian kita dalam kehidupan seharian. Jika kita tidak istiqamah dalam melakukan sesuatu ibadah, kita akan merasakan kekurangan dalam diri kita. Seperti hati tidak tenteram atau terasa kekosongan dalam diri. Perkara ini mudah terjadi terutama sekali apabila kita sudah berjaya istiqamah dalam beribadah kepada Allah SWT sebelum ini dan terputus dari istiqamah pada suatu ketika selepas itu. Hal ini kerana syaitan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk memusnahkan anak Adam sedikit demi sedikit dengan menjauhkan hamba Allah dari istiqamah dalam beribadah kepada Allah SWT.

Oleh sebab itu, dengan apa cara sekalipun. Kita perlu melawan segala kemalasan yang disebabkan oleh godaan syaitan yang ingin menjauhkan kita dari istiqamah dalam melakukan ibadah kepada Allah SWT.

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Berteguh-hatilah kamu (istiqamahlah) kamu meskipun tidak akan mampu melakukan sepenuhnya. Ketahuilah bahawa bahagian terbaik dari agamamu adalah sembahyang, dan tiada seseorang yang memelihara wudhu’, kecuali orang yang beriman.” (HR Ahmad, Ibnu Majah, Al-Hakim dan Al-Baihaqi)


Dari keterangan hadis di atas, jelaslah bahawa kita diperintahkan agar beristiqamah dengan bahasa yang agak tegas. Ini jelas sekali terdapat hikmah yang AMAT HEBAT di sebalik perintah istiqamah.

Antara kelebihan istiqamah dalam melakukan ibadah kepada Allah SWT ialah:

- Mereka akan selalu didampingi oleh malaikat.

Beruntunglah mereka yang didampingi oleh malaikat apabila istiqamah dalam beribadah. Hal ini kerana, muslimin yang sentiasa didampingi oleh malaikat akan sentiasa merasa tenang, gembira dan tiada khuatir, mereka akan sentiasa membuat kebaikan dan tidak akan bertindak mengikut hawa nafsu, wajahnya akan sentiasa berseri dan dia tidak akan mudah marah atau tersinggung.

- Mereka tidak akan ada rasa takut.

Sebagai mana yang termaktub di dalam Al-Quran:  

…janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu)…” (Surah Al-Fussilat: 30).

- Mereka tidak akan berasa sedih.

Sebaliknya, mereka akan berasa gembira dan bahagia kerana hati mereka telah diisi dengan ketenangan dan ketenteraman akibat mereka istiqamah dalam beribadah. Mereka akan sentiasa redha dengan segala ketentuan Allah kepada mereka.

- Mereka akan mendapat balasan syurga di akhirat kelak.

Mereka yang istiqamah akan mendapat balasan syurga, sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran:

"…dan terimalah berita gembria bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.” (Surah Al-Fussilat: 30)

- Mereka akan dimurahkan rezeki.

Sesiapa yang istiqamah dalam kebaikan dan tetap dijalan yang benar, maka mereka akan mendapat rezeki yang melimpah ruah, sebagaimana firman Allah Ta’ala di dalam Al-Quran:

“(Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): Dan sesungguhnya sekiranya mereka (manusia dan jin) itu berjalan lurus di atas jalan (Islam) itu, sudah tentu Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar. (Pemberian yang demikian) supaya Kami menguji mereka dalam menikmati apa yang Kami berikan itu (adakah mereka bersyukur dan istiqamah menurut Islam). (Ingatlah) sesiapa yang berpaling daripada mengingati Tuhannya (dengan berlaku ingkar, maka) Tuhan akan memasukkannya ke dalam azab yang amat berat.” (Surah Al-Jinn: 16-17)

Lihatlah betapa beruntungnya orang yang berjaya istiqamah dalam beribadah. Bagaimana dengan kita? Marilah kita mulakan beristiqamah. Bersama-samalah kita merebut peluang-peluang yang diberikan oleh Allah SWT. InsyaAllah. Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan dariNya.

Semoga kita bertemu lagi. InsyaAllah. =)

Jika ada sebarang komen, cadangan or anything, sila hantarkan kepada saya Muhammad Shakirin (Administrator) di e-mel: CyberSharky94@gmail.com

Wallahua'lam~

Jumaat, 18 Jun 2010

Doa Istighfar Bulan Rejab

Assalamualaikum w.b.t, para pembaca sekalian.

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah S.W.T yang telah memberikan kita nikmat kesihatan yang baik.

Pada catatan kali ini, saya akan memberikan satu Doa Istighfar Bulan Rejab. InsyaAllah.

Kita telah dilahirkan di dunia ciptaan Allah yang serba indah ini sebagai hambaNya. Akan tetapi, adakah kita melakukan tugas dan amanah yang telah diberikan oleh Allah S.W.T kepada kita sebagai seorang hamba? Astaghfirullah. Kita perlu sering fikir dan risau tentang ibadah-ibadah dan amalan yang kita lakukan kepada Allah semakin hari semakin berkurangan. Kita telah banyak melakukan dosa-dosa di atas muka bumi ciptaan Allah ini. Tidak kira ianya Dosa Besar ataupun Dosa Kecil. Kita tetap berdosa. Oleh itu, kita perlu sentiasa beristighfar dan bertaubat kepada Allah S.W.T. dengan harapan agar Allah mengampunkan dosa-dosa yang telah kita lakukan selama ini. InsyaAllah.

Dalam Islam, Allah telah memuliakan empat bulan dalam satu tahun. Tiga bulan berdekatan dan satu bulan berasingan. Bulan-bulan yang dimaksudkan itu ialah bulan Muharram, Rejab, Zul Qa'idah, dan bulan Zulhijjah.


Allah telah memberikan kita pelbagai cara untuk kita beristighfar dan bertaubat atas segala kesalahan, kesilapan dan dosa-dosa tidak kira dosa besar mahupun dosa kecil yang telah kita lakukan sepanjang hayat kita di dunia ini. Di dalam bulan Rejab yang mulia ini, terdapat satu Doa Istighfar Bulan Rejab yang boleh kita amalkan untuk bertaubat atas segala kesalah yang telah kita lakukan.

Doa Istighfar Bulan Rejab

Doa ini sebaik-baiknya dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita atau sekurang-kurangnya sentiasa diamalkan secara Istiqamah di dalam bulan Rejab ini.

Panduan dalam mengamalkan:
- Sebaik-baiknya dijadikan wirid, amalan seharian atau amalan dalam bulan Rejab.
- Amalkan secara Istiqamah dan dengan penuh keikhlasan.
- 'Rabbighfirli warhamni watub'alaiya' yang terdapat di dalam kotak di bahagian atas dibaca sebanyak 70 kali.
- Mulai 'Astaghfirullaha min taksiiri fiima 'alaiya lillah' hingga doa yang bermula dari 'Faghfirli' hendaklah dibaca sebanyak 7 kali.
- Kemudian, teruskan dengan doa yang terdapat dalam petak di bawah sekali keratan gambar di atas.

Semoga doa ini dapat diamalkan oleh para pembaca sekalian seterusnya disebarkan kepada mereka yang tidak tahu mengenai doa ini. InsyaAllah.

Jika ada sebarang kekurangan dan kecacatan dalam catatan kali ini, sila tinggalkan pesanan dalam ruangan 'Ulasan' yang disediakan dan saya memohon maaf atas segala kesalahan saya.

Segala kelebihan datang daripada Allah dan segala kekurangan merupakan kesalahan daripada diri saya sendiri dan harap dimaafkan.

Sila tinggalkan komen anda di ruangan 'ulasan'.

Wallahu a'lam~

Khamis, 10 Jun 2010

Sabar dan Solat Sebagai Pembantu Dalam Kehidupan Seharian

Bismillahirrahmanirrahim, pembuka bicara.

Assalamualaikum w.b.t., kepada para pembaca dan para pelawat Blog Dakwah Islamiah ini.
Saya sebagai admin memohon maaf kerana sudah lama tidak memuatkan maklumat ke dalam blog ini dalam tempoh masa yang lama kerana menghadapi sedikit kesulitan.

Seperti yang tertulis pada tajuk di atas, kali ini kita akan membincangkan mengenai sabar dan solat sebagai pembantu dan penolong dalam kehidupan seharian kita. InsyaAllah.

Solat~ Seperti yang kita sering kali dengar di dalam radio, televisyen dan juga di jaringan-jaringan internet pada masa kini, solat merupakan salah satu daripada ibadah yang akan dituntut di akhirat kelak dan solat juga merupakan salah satu KAEDAH yang boleh digunakan oleh semua orang Muslim dalam mencari ketenangan bagi jiwa yang mengalami keresahan. Inilah kehebatan, keindahan dan bukti betapa lengkapnya agama Islam sebagai Ad-Din iaitu cara hidup.



Seperti yang telah termaktub di dalam kitab suci Al-Quran yang bermaksud:

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, (iaitu) orang-orang yang meyakini bahwa mereka akan menemui Tuhannya dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya”. (Al-Baqarah: 45-46)

Ibnu Katsir menjelaskan satu prinsip dan kaedah dalam memahami Al-Qur’an berdasarkan ayat ini bahawa meski pun ayat ini bersifat khusus ditujukan kepada Bani Israel kerana konteks ayat sebelum dan sesudahnya ditujukan kepada mereka, namun secara dasarnya bersifat umum ditujukan untuk mereka dan selain mereka. Bahkan setiap ayat Al-Qur’an, langsung atau tidak langsung sesungguhnya lebih diarahkan kepada orang-orang yang beriman, kerana hanya mereka yang mahu dan bersedia menerima pengajaran dan petunjuk apapun daripada Kitabullah.

Maka peristiwa yang diceritakan Allah Taala tentang Bani Israel, terkandung di dalamnya perintah agar orang-orang yang beriman mengambil pengajaran daripada peristiwa yang dialami mereka. Begitulah kaedah dalam setiap ayat Al-Qur’an sehingga kita dapat mengambil bahagian dari setiap ayat Allah SWT.

“Al-Ibratu Bi’umumil Lafzhi La Bikhusus Sabab”

(Yang harus dijadikan dasar pedoman dalam memahami Al-Qur’an adalah umumnya lafaz, bukan khususnya sebab atau peristiwa yang melatarbelakanginya).

Perintah dalam ayat di atas sekaligus merupakan salah satu kaedah penyelesaian agar umat secara kolektif dapat mengatasi dengan baik segala kesulitan dan masalah-masalah yang datang silih berganti. Sehingga melalui ayat ini, Allah SWT memerintahkan agar kita memohon pertolongan kepada-Nya dengan senantiasa mengamalkan sikap sabar dan menjaga solat dengan istiqamah. Kedua hal ini merupakan saranan meminta tolong yang terbaik ketika menghadapi pelbagai kesulitan. Rasulullah SAW selaku uswah hasanah, telah memberi contoh yang terbaik dalam mengamalkan ayat ini.  Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dijelaskan bahawa,

“Sesungguhnya Rasulullah SAW apabila menghadapi suatu persoalan, baginda segera mengerjakan solat“.

Huzaifah bin Yaman menuturkan,

“Pada malam berlangsungnya perang Ahzab, saya menemui Rasulullah saw, sementara baginda sedang solat seraya menutup tubuhnya dengan jubah. Apabila baginda menghadapi persoalan, maka baginda akan mengerjakan solat“.

Bahkan Ali bin Abi Thalib menuturkan keadaan Rasulullah SAW pada perang Badar,

“Pada malam berlangsungnya perang Badar, semua kami tertidur kecuali Rasulullah SAW, baginda solat dan berdoa sampai pagi“.

Dalam riwayat Ibnu Jarir dijelaskan bagaimana pemahaman sekali gus pengamalan sahabat Rasulullah SAW terhadap ayat ini. Diriwayatkan bahawa ketika Ibnu Abbas melakukan perjalanan, kemudian sampailah berita tentang kematian saudaranya Qatsum, beliau terus menghentikan kenderaannya dan segera mengerjakan solat dua rakaat dengan melamakan duduk. Kemudian beliau bangkit dan menuju ke kenderaannya sambil membaca,

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusyu’ “.



Secara khusus untuk orang-orang yang beriman, perintah menjadikan sabar dan solat sebagai penolong ditempatkan dalam rangkaian perintah zikir dan syukur.

“Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku. Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar“. (Al-Baqarah: 152-153)

Dalam kaitan dengan zikir, menjadikan sabar dan solat sebagai penolong adalah zikir. Siapa yang berzikir atau mengingati Allah dengan sabar, maka Allah akan mengingatinya dengan rahmat.  Masih dalam konteks orang yang beriman, sikap sabar yang harus selalu diwujudkan adalah dalam rangka menjalankan perintah-perintah Allah Taala, kerana beban berat yang ditanggungnya akan terasa ringan jika diiringi dengan sabar dan solat. Ibnul Qayyim mengklasifikasikan sabar dalam rangka menjalankan perintah Allah Taala termasuk sabar yang paling tinggi nilainya dibandingkan dengan sabar dalam menghadapi musibah dan persoalan hidup.
Syeikh Sa’id Hawa menjelaskan dalam tafsirnya, Asas fit Tafasir kenapa sabar dan solat sangat tepat untuk dijadikan saranan meminta pertolongan kepada Allah Taala. Beliau mengungkapkan bahawa sabar dapat mendatangkan pelbagai kebaikan, sedangkan solat dapat mencegah dari pelbagai perilaku keji dan mungkar. Disamping itu juga solat dapat memberi ketenangan dan kedamaian hati. Keduanya (sabar dan solat) digandingkan dalam kedua ayat tersebut dan tidak dipisahkan, kerana sabar tidak sempurna tanpa solat, demikian juga solat tidak sempurna tanpa diiringi dengan kesabaran. Mengerjakan solat dengan sempurna menuntut kesabaran dan kesabaran dapat terlihat dalam solat seseorang.

Lebih terperinci, Syeikh Sa’id Hawa menjelaskan saranan lain yang berkaitan dengan sabar dan solat yang boleh dijadikan penolong. Puasa termasuk ke dalam perintah meminta tolong dengan kesabaran kerana puasa adalah separuh dari kesabaran. Sedangkan membaca Al-Fatihah dan doa termasuk ke dalam perintah untuk meminta tolong dengan solat kerana Al-Fatihah itu merupakan sebahagian daripada solat, begitu juga dengan doa.  Memohon pertolongan hanya kepada Allah merupakan ikrar yang selalu kita lafazkan dalam setiap solat kita,

“Hanya kepada-Mu-lah kami menyembah dan hanya kepada-Mulah kami mohon pertolongan“.

Agar permohonan kita diterima oleh Allah, tentulah harus mengikuti ajaran dan petunjuk-Nya. Salah satu dari petunjuk-Nya dalam memohon pertolongan adalah dengan sentiasa bersikap sabar dan memperkuat hubungan yang baik dengan-Nya dengan menjaga solat yang berkualiti.  Disinilah solat merupakan cerminan dari penghambaan kita yang tulus kepada Allah.
Kepentingan sabar menurut Abdurrahman bin Zaid bin Aslam dapat dilihat dari dua hal: Pertama, sabar kerana Allah atas apa yang disenangi-Nya, meskipun terasa berat bagi jiwa dan raga. Kedua, sabar kerana Allah atas apa yang dibenci-Nya, walaupun hal itu bertentangan keinginan hawa nafsu. Barangsiapa yang bersikap seperti ini, maka ia termasuk orang yang sabar yang Insya Allah akan mendapat tempat terhormat.
Betapa kita sangat memerlukan limpahan pertolongan Allah SWT dalam setiap aktiviti dan persoalan kehidupan kita. Adalah sangat tepat jika secara bersama-sama kita dapat mengamalkan petunjuk Allah dalam ayat di atas agar permohonan kita untuk mendapatkan pertolongan-Nya segera menjadi kenyataan. Amin.

Sumber: iLuvIslam

Selasa, 22 Disember 2009

Jadilah Seorang Lelaki Yang Beriman

Lelaki,
Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,

Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecergasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

Selasa, 15 Disember 2009

Ampuni Dosa Aku Ya Allah Kerana Wanitaku...


Wahai insan yang aku cintai dan aku sanjungi kerana Allah.Insan itu adalah seorng wanita/ perempuan/ gadis. Aku amat menyayangi Kaum Hawa kerana Allah. Oleh kerana demikian Aku sering menangis dlm doaku krn terkenangkan Sabda Rasul cintaanku "Bahawa ramainya AHLI NERAKA itu adalah terdiri drpd WANITA". Cerita ini bermula apabila aku berjalan2 disuatu masa. Masa dimana terdapat ramai wanita dihadapanku. Adakala aku tersenyum...Adakalanya aku bermuram duka...Aku melihat insan yg aku sayangi ini mendedahkan diri kpd haramnya...Tidak aku nafi krn aku suka melihat...(Ya Allah ampunilah Dosaku yg suka melihat ini krn Aku takut hatiku GELAP krn banyak mlihat perkara yg tidak sepatutnya...)Terkadangkala aku tersentak melihat org yg aku cintai ini menggegarkan hati org yg beriman...Dalam Hatiku berkata Ya Allah apalah dayaku untuk mengubah semua ini...


Sesekali, aku menjadi kaget apabilah org yg kucintai tidak memakai tudung...dan ketika dia memakai tudung...Mengapa aku kaget..?kan bagus bertudung...Tp yg membuat aku kaget krn mereka bertudung tp mendedahkan dada mereka....Apalagi jika tidak bertudung...Sudah tentu dia mendedahkan auratnya yg bernama rambut...Sedangkan didalam Kalamu Allah ada menyatakan bahawa "Hendaklah kamu melabuhkan tudung kamu menutupi dada kamu". dan, ada juge hadis Riwayat Bukhari dan Muslim kepada mereka yg tidak bertudung, "Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Ada juga diantaranya yg bertudung tp memakai baju berlengan pendek. Aku menjadi lebih pelik krn mereka bertudung tp bwh "terbuka". Adakah ini yg disyariatkan oleh ISLAM!!! Hatiku hanyut dlm kesedihan yg nyata. Apa yg harus aku lakukan utk mengubah semua ini?


Wahai Makhluk Ciptaan yg ESA yg aku sayangi. Peliharalah Maruahmu...Peliharalah Auratmu...Peliharalah suaramu...Peliharalah Sikapmu...Agar tidak menjadi SAJIAN AN NAR!!! Agar tidak membingungkan Rasul kesayanganku. Agar Kau tidak menjadi Tentera SYAITAN musuh Kita yg nyata. Sebaliknya jadilah kamu pembantu para Muslimin....Penguat para mukminin...Pembakar para mujahidin...Peliharalah...Peliharalah...Peliharalah...Agar kami pejuang Agama ALLAH terpelihara. Aku ingin sekali melihat kau yg kucintai menutup tubuhmu dengan baik dan memelihara auratmu dengan sempurna. Agar aku menjadi lebih hormat kpd mu. Ingin sekali ku melihat kau memelihara maruahmu.

Agar Kaum Adam lebih berusaha mendapatkamu dan menghargaimu...


Jauhkanlah diri kamu dari Fesyen2 yg bakal menjadikan kamu sajian api jahanam...Jauhkanlah diri kamu drpd tutur kata yg sia2 drpd menjadi bahan guntingan neraka...Tp bakarlah semangat kamu dgn api AKIDAH agar bergetar seluruh jiwa lelaki akan Insan yg bernama MUSLIMAH.

Dengarlah insan yg kusayangi krn Allah Agar kau tidak terlena dlm kesengsaraan yg kau sediakan...


Ya Allah, bantulah aku dlm kerja2 untuk menyedarkan hambamu...Aku ini insan yg lemah YA ALLAH... aku tidak berdaya, Ya Allah..Berikanlah aku kekuatan, Ya Allah...Engkau bukaknlah hati insan yg ku syg itu agar dia menerima segala nasihat dan agar dia kembali semula ke jalan yg diredhaimu, Ya Allah...Ya Allah, beriknlah insan yg ku syg itu petunjuk dan hidayahmu...Engkau ampunilah segala dosanya, Ya Allah...Ya Allah, aku merintih, merayu dan memohon agar batinku dapat melihat insan yg ku syg tidak lg terabai....

YA ALLAH RABBUL IZZATI...

Muslimah Penggegar Hatiku...!!!




Muslimah,
Sungguh aku bersyukur pada tuhan yang menentukan,
Mencipta seorang insan yang sempurna dimataku,
Seorang yang menenangkan jiwaku,
Dikala ujian melanda tiba...


Sujudku pada tuhan tanda kegembiraanku,
Kau berubah tanpa aku sedari,
Mejadi yang lebih baik dari sebelum,
Menjadi rerama dari kepompong hodoh,
Menjadi berlian dari batuan lupa...


Menadah aku kepada tuhan tanda kegembiraanku,
Agar dijadikan orang sepertimu sebagai penanti,
Memberi cahaya dikala sunyi,
Mendatangkan rahmat dikala sendiri,
Penyeri di masjid sepi...


Ya Allah,
Panataskah aku memiliki bidadari dunia,
Yang kau ciptakan tanpa cacat cela,
Melindungi diri di kala fitnah dunia,
Menjadi aku bisu tidak terkata...


Adakah layak aku meminta cintanya,
Untuk memenuhi fitrah manusia,
Menjadi makhluk yang saling melengkapkan,
Agar terdaya menjadi Khalifah mulia...


Muslimah,
Dirimu kau hiasi Iman mutiara,
Kau penuhi Ilmu cahaya,
Menajam fikiran saksama,
Yang bisa menggoncangkan dunia,
Tak kala semua lupa...

Indah dirimu tidak kugambar,
Laksana bulan dipagari bintang,
Memelihara seluruh kehormatanmu,
Menjaga dirimu dari kemaksiatan...


Kau labuhkan tudungmu melebihi paras dada,
Semata menyahut seruan yang Esa,
Tunduk patuh tanpa bicara,
Membuat hatiku lembut bila bersemuka...


Kau mengenakan pakaian yang indah tapi longgar,
Untuk melindungi daripada pandangan durjana,
Agar terpelihara mahkota yang mulia,
Kau juga menutup seluruh tubuhmu,
Yang terbuka hanyalah muka dan telapakmu,
Membuat setiap mukmin terlena,
Dalam keindahan Tuhan yang menciptakan...


Rindunya hati tidak terperi,
Agar menatah insan mulia ini dihati,
Moga menjadi benteng diri,
Dari nafsu yang makin menjadi...


Ya Allah,
Peliharakanlah muslimah ini untukku,
Agar menjadi contoh kepada yang seru,
Moga Islamkan kembali bersatu,
Dalam menyahut syariat Mu,
Atas jalan JihadMu kami tersungkur...

Sabtu, 18 Julai 2009

Cinta YaNG SeBEnAR!! ~ HayaTilAh BersAma...

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:- "Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir." (Ar Rum : 21)

Cinta merupakan suatu anugerah terindah yg dikurniakan oleh Allah S.W.T.. Namun, harus di ingat batas2 pergaulan yg telah disyariatkan oleh Islam...

Berkasih-sayang dan bercintalah kerana itu adalah fitrah. Tetapi sekiranya cinta itu lebih banyak mengundang duka dan air mata serta menjadikan kita lalai daripada mengingati Allah, maka tinggalkanlah cinta tersebut dan binalah cinta baru...

Hayatilah wahai teman2 ku yg dirahmati Allah sekalian...

' ..Cinta kepada HARTA ertinya BAKHIL, Cinta kepada PEREMPUAN ertinya ALAM, Cinta kepada DIRI ertinya BIJAKSANA, Cinta kepada MATI ertinya HIDUP dan Cinta kepada ALLAH ertinya TAQWA...'

Sesungguhnya...

" cinta itu suci, cinta itu tidak buta, cinta itu adalah kepunyaan Tuhan. Yang tidak suci dan buta, adalah orang yang salah menggunakannya. Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghina diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan kudrat tetapi membangkitkan semangat" ~HAMKA~

Cintailah 5 perkara sebelum anda mencintai seseorang insan iaitu...

~ cinta kepada ALLAH S.W.T.

~ cinta kepada RASUL

~ cinta kepada ibubapa

~ cinta kepada guru2

~ cinta kepada diri sendiri

semoga kita sentiasa berada di bawah rahmat Allah Yang Maha Esa...insya-Allah...

Rabu, 6 Mei 2009

Doa Agar Mudah Mengingat Pelajaran


Assalamualaikum w.b.t.. Seperti yang telah saya janjikan, saya akan masukkan ke dalam blog ini beberapa doa yang boleh kita amalkan bersama... Doa ini disediakan khusus untuk para pelajar terutamanya pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM. Saya juga ingin memohon maaf atas kelewatan saya memasukkan dia ini ke dalam
blog. Harap dimaafkan.

بسم آلله الرحمن الرحيم

Maksudnya: “Ya Allah, kasihanilah aku dengan (mengurniakan kepadaku keampunan) meninggalkan maksiat selagi aku hidup, dan kasihanilah aku dari memberatkan diriku dengan perkara-perkara yang tidak penting bagiku, dan kurniakanlah kepadaku anugerah melihat perkara yang Engkau suka. Ya Allah, Yang Maha Pencipta langit dan bumi, Yang Memiliki keagungan, kemuliaan dan kekuasaan yang tidak pernah luput, aku memohon kepada-Mu Ya Allah, Yang Maha Pemurah dengan kekuasaan-Mu dan cahaya-Mu agar menjadikan aku mampu menghafaz kitab-Mu sebagaimana yang Engkau ajarkan. Dan kurniakanlah kepadaku (kesempatan) untuk membacanya sebagaiman yang Engkau kehendaki, Ya Allah, Yang Mencipta langit dan bumi, Yang Memiliki keagungan, kemuliaan dan kekuasaan yang tidak pernah luput, aku memohon kepada-Mu Ya Allah, Yang Maha Pemurah dengan kekuasaan-Mu agar menjadikan penglihatanku terang dengan kitab-Mu, agar dilepaskan hatiku (dari belenggunya) dengan kitab-Mu itu, dan dilapangkan dengannya dadaku, dan dibersihkan dengannya tubuhku, sesungguhnya tiada siapa yang sebenarnya dapat memberikan pertolongannya selain-Mu, dan mendatangkannya selain Engkau. Dan tiada daya upaya melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.”

Penjelasan

Menurut satu riwayat daripada Ibnu Abbas, beliau berkata, ketika kami sedang duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba datanglah Ali Bin Abi Talib r.a., lalu beliau berkata: “Wahai Rasulullah, al-Quran ini selalu hilang daripada ingatanku. Aku dapati diriku menghadapi masalah untuk mengingatina dalam dadaku. Maka Rasulullah s.a.w. menganjurkan kepadana menguatkan ingatan dengan petuanya iaitu bangun malam Jumaat pada sepertiga malam yang terakhir. Perkara ini telah dilakukan oleh Nabi Yusuf a.s. Jika tidak mampu, maka bangkitlah pada pertengahanya dan jika tidak mampu, maka bangkitlah pada sebelah awalnya. Solatlah empat rakaat, bacalah Surah Yaasin pada rakaat pertama, al-Dukhan pada rakaat kedua, al-Sajadah pada rakaat ketiga dan Tabarak pada rakaat keempat. Semuanya dibaca selepas al-Fatihah. Apabila selesai membaca tasyahud(takhiyat) akhir maka, pujilah Allah s.w.t. dan berselawatlah ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan mohonlah keampunan buat semua orang beriman dan orang yang telah mendahului dalam keimanan kepada Allah. Akhirnya bacalah doa di atas.”

(Hadis Riwayat Tarmizi)

Cara Beramal

1. Bangun pada Malam Jumaat pada sepertiga malam terakhir, pertengahan malam, pada awal malam dan dirikanlah Solat Sunat Hajat sebanyak 4 rakaat.

2. Rakaat Pertama, bacalah Surah Yaasin selepas membaca Al-Fatihah.

3. Rakaat Kedua, bacalah Surah Al-Dukhan pada rakaat selepas membaca Al-Fatihah.

4. Rakaat Ketiga, bacalah Surah Al-Sajadah selepas membaca Al-Fatihah.

5. Rakaat Keempat, bacalah Tabarak(Surah Al-Mulk) selepas membaca Al-Fatihah.

6. Selepas selesai takhiyat akhir, pujilah Allah s.w.t. dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan mohonlah keampunan buat semua orang beriman dan yang telah mendahului dalam keimanan kepada Allah s.w.t.

7. Berselawat ke atas Nabi pada pembuka(awal) dan penutup(akhir) doa.

8. Baca doa di atas.

Rabu, 29 April 2009

Aurat Wanita Menurut Firman Allah S.W.T dan Hadis Nabi

Assalamualaikum w.b.t.

hu2 sebenarnya takut juga untuk tulis mengenai ni ye para pembaca... mane la tak, x pernah brani nk menegur pasal aurat, tiba2 hati terdetik untuk menulis mengenai ni, jadi, saya ikut gerak hati dan mencari la sedikit sumber di internet untuk dimuatkan ke dalam blog ni.

1.Bulu kening
Menurut
Bukhari, "Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan."
An-Nur: 31.

Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina."
Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. "
An-Nur : 31

5. Gigi
"Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.” Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah".
Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan Tangan
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah:”Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

7. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya".
Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

8. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya."
An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

9. Mulut (suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."
Al Ahzab: 32. Sabda Nabi SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi."Riwayat Ibn Majah.

10. Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "
An Nur : 31.


"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar. "Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah."
Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

11. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti."
Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya."
Riwayat Bukhari dan Muslim.

Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang."
Al Ahzab : 59.

12. Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."
Riwayat Bukhari dan Muslim.

Dengan ini, saya harap para pembaca wanita yang sedar akan kesalahan dirinya dapat membaiki dan membentuk semula aqidah agar menjadi seorang mukmin yang beriman dan beramal soleh mengikut ajaran Islam.

Saya akhiri dengan Assalamualaikum w.b.t.

Jika ada persoalan atau cadangan, sila hantarkan ke e-mail kami.

sharkhack@rocketmail.com (Administrator)

Sabtu, 18 April 2009

Kepada Semua Yang Akan Berjuang Di Dalam Dewan Peperiksaan

Assalamualaikum... Ni saya ada benda nak kongsi sket ni...


Surah Al-Hasyr: surah ke 59 (Ayat: 21)

Ni ada orang minta saya postkan kat blog ni... Insyaallah jika sebelum memulakan pelajaran, peperiksaan dan sebagainya, bleh la korang sume mulakan dengan doa dan ditambah dengan potongan ayat Al-Quran ini. Insyallah, segala pelajaran akan berkat dan mudah untuk diingat...

Jika ada sebarang pembetulan, pertanyaan atau inginkan ayat Al-Quran tersebut jika kabur, sila hantarkan e-mail kepada saya. Alternatif, download Quran-In-Word v1.3 atau rujuk Al-Quran.